Assalamualaikum wbt..........
Baru-baru ni 25hb Jun 2011 aku berkesempatan lagi untuk ke negara jiran Thailand. Tak lama aku kat sana cuma 3 hari. Ayam dah booking awal lagi dgn member kat sana. Aku cuma pergi ambik je. kali ni aku ambik 4 ekor sahaja. 1 ekor aku buat pembaka dan lagi 3 aku buat untuk main dan jual pada yg berminat.
Sitam
Baka
Eche, rupa buruk je mcm ayam hutan tapi pukulan deras,kap,tikam.Spring kaki yang laju membuatkan lawan tak mampu untuk bertahan. Baka 3D. Mula2 nak beli aku tak yakin dengan cakap owner, tp dia bg jaminan klau rasa tak puas hati next time dtg blh tukar.Dah menang 3x. 2x bon Thai, 1x kat tangan aku.Patut la owner berani bg jaminan.
Status :
Dah Jual RM750.00
Sisik Buruk
Ni ayam pembaka yang akan aku kahwinkan dengan ibu yg sedia ada di reban. Ayam ni buta mata kanan terkena hujung tapi masih menang dalam bon. Rekod 7x menang...Dalam gambar ni pun baru lepas berlaga dgn ayam luar...tu yg habis balung hitam je...kesan darah.
Status : Masih Ada. Display Only
Kelabu Coklat
Ayam muda 4 bulan. Aku beli sebab nak beli bapak owner tak bagi, so rembat je la anaknya....ayam ni kalau ikut bapaknya main hujung..aku pun x tau la camne mainannya, kecik sgt lg. Nantikan perkembangannya dalam edisi akan datang....bapaknye waktu aku pergi dah win 4x..hari aku balik, bapaknye masuk bon tapi aku tak sempat pergi tgk sbb nak cepat.Entah menang ke kalah tak tau la...
Status : Masih Ada...RM 150.00
Kelabu Asap
Kelabu 1 tahun. Ayam muda, hujung baru nak tumbuh. Jenis batang kaki. Belum di adu dgn ayam seusia atau yg sama beratnya sbb tgh salin bulu. Test power ngan ayam jiran ada la.Saje je petang2 hari balik keje aku test la jap. Bagi badan mampat dan tulang bg keras sikit. Mungkin tengah bulan Julai ni aku bawa balik kg Kuala Kangsar untuk diadu.
Status : Masih Ada....RM400.00