Sunday, July 3, 2011

Ayam Baru Thai


Assalamualaikum wbt..........
Baru-baru ni 25hb Jun 2011 aku berkesempatan lagi untuk ke negara jiran Thailand. Tak lama aku kat sana cuma 3 hari. Ayam dah booking awal lagi dgn member kat sana. Aku cuma pergi ambik je. kali ni aku ambik 4 ekor sahaja. 1 ekor aku buat pembaka dan lagi 3 aku buat untuk main dan jual pada yg berminat.





 Sitam

Baka Eche, rupa buruk je mcm ayam hutan tapi pukulan deras,kap,tikam.Spring kaki yang laju membuatkan lawan tak mampu untuk bertahan. Baka 3D. Mula2 nak beli aku tak yakin dengan cakap owner, tp dia bg jaminan klau rasa tak puas hati next time dtg blh tukar.Dah menang 3x. 2x bon Thai, 1x kat tangan aku.Patut la owner berani bg jaminan.

Status : Dah Jual RM750.00

 




 Sisik Buruk

Ni ayam pembaka yang akan aku kahwinkan dengan ibu yg sedia ada di reban. Ayam ni buta mata kanan terkena hujung tapi masih menang dalam bon. Rekod 7x menang...Dalam gambar ni pun baru lepas berlaga dgn ayam luar...tu yg habis balung  hitam je...kesan darah.

Status : Masih Ada. Display Only








Kelabu Coklat

Ayam muda 4 bulan. Aku beli sebab nak beli bapak owner tak bagi, so rembat je la anaknya....ayam ni kalau ikut bapaknya main hujung..aku pun x tau la camne mainannya, kecik sgt lg. Nantikan perkembangannya dalam edisi akan datang....bapaknye waktu aku pergi dah win 4x..hari aku balik, bapaknye masuk bon tapi aku tak sempat pergi tgk sbb nak cepat.Entah menang ke kalah tak tau la...

Status : Masih Ada...RM 150.00





Kelabu Asap

Kelabu 1 tahun. Ayam muda, hujung baru nak tumbuh. Jenis batang kaki. Belum di adu dgn ayam seusia atau yg sama beratnya sbb tgh salin bulu. Test power ngan ayam jiran ada la.Saje je petang2 hari balik keje aku test la jap. Bagi badan mampat dan tulang bg keras sikit. Mungkin tengah bulan Julai ni aku bawa balik kg Kuala Kangsar untuk diadu.

Status : Masih Ada....RM400.00













Tuesday, May 17, 2011

Anak2 Perwira dan Pertiwi


7 ekor baka ayam hujung yg baru menetas semalam dan pagi tadi.  Harap hidup la membesar bagai johan.

Ibu segala buah ada padanya. Dah test dgn beberapa ekor ibu lain. Ada tikam,kap dan juga buah patah. Tapi cukup susah nak menurunkan baka. Kalau bertelur 7/8 biji yang menjadi 2-4 biji je. Hidup sampai besar pulak mungkin 2/3 je.




Saje je nak masukkan balik gambar bapak ayam ni. Bersama ibu-ibu yg dipilih untuk menjadi ibu tumpangan bakanya.

Sayang tak sempat lagi aku nak turun main,ayam ni dah patah muncung. Kes berlaga sesama dia la ni. balik keje tgk dah berdarah mulut. Baka hujung asal Kedah.

Petang hari sempat lagi bapak ayam aku test power ngan ayam jiran. Nasib baik ayam jiran aku bukan baka sabung. Kena belasah la dia....berani sangat masuk kawasan lain.

Sunday, April 17, 2011

Pama & Ekor Lambak

Assalamualaikum wbt.....

Kali ni lama betul aku tak update blog.Problem lepas satu-satu. Dari h.pon kena virus habis semua phonebook delete sampai la komputer pulak rosak.
Agak lama juga dah aku bela ayam kampung nie. Sekarang aku dah nak menambah peliharaan aku kepada ayam sabung lak. Apapun ayam kg tetap no.1. Kat bawah nie serba sedikit gambar ayam sabung yg tgh aku cuba untuk turun baka.




Jantan ni aku beli kat member dari Terengganu. Sedang dlm proses kacukan dgn ibu ayam yg aku beli dari Kedah. Bapak ni berat dlm 3.3kg. Sekarang tengah salin bulu. Byk kali dah aku buat sparring. Main betul2 je belum kesempatan lg.Baka hujung.




Ni plak ayam jantan baka hujung yg aku beli dari kaki main bon. Ayam ni buta mata sebelah tapi disebabkan hati dia yg kering aku jg. Pun dlm proses untuk turun baka kali-2. 


2 gambar diatas adalah anak ayam ibu tadi ni. Ibu ni main batang kaki. Libas memang best. Bapak dia yg mata buta kat atas tadi jugak. Hujung bulan ni semua anak ayam ni aku hantar balik ke K.Kangsar Perak untuk dijaga oleh bapak mertua aku. Takyah aku beli padi sbb kat sana ada sawah padi.Hehehehe.....

Ni pulak bapak ayam batang kaki sedang dalam proses turun baka dgn ibu ayam taji. Proses kali 1 semua telur gagal menetas. Tak tau la kenapa.

Insya-Allah bulan 6 nanti akan ada keluaran terbaru dari aku....mungkin untuk jualan atau hanya paparan sahaja....



Saturday, October 23, 2010

Harga Makanan dan Ayam Naik

Assalamualaikum wbt.............

Lama betul tak update blog ni. Nak kata sibuk sangat tak juga. Malas tu la yang sebenarnye.Ditambah pulak dengan gambar tak dapat nak update lagi bertambah malas dibuatnye.Aidilfitri pun dah lama berlalu,sekarang nie Aidiladha pulak yg akan mendatang.Order ayam insya-Allah akan tinggi balik.

Sebelum tu saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada seorng lagi rakan ternak kita yang baru mula menceburkan diri dalam ternakan ayam kampung ini. Saudara Khairul yang telah memasukkan sejumlah lebih 100 ekor ayam kampung ori untuk dijadikan baka di reban ternakannya yg terletak di Benta Pahang.Tak jauh dari tempat saya.Lebih kurang 1/2 jam je.

Saya ingin berterima kasih kepada pembeli ayam kampung saya samaada dari anak atau yg sedia untuk dimakan. Kak Su, Rakan Pejabat, Ustaz Wan Adnan, Pakcik Pian dan ramai lagi.

Harga ayam kampung mungkin akan dinaikkan sedikit sekitar RM3.00 tapi saya tak tau la kat tempat lain. Ini berikutan kenaikan mendadak harga makanan ayam terutamanya jagung yg naik sebanyak RM5.00.Ini la yg menyebabkan ramai penternak yang masih baru atau yg dah lama bertapak pun boleh sedikit tergugat akibat dari kenaikan harga barang. Bila ditanya kenapa harga naik,peruncit ni senang je jawab. "Saya tak tau wo...ini pembolong kasi naik." Bajet baru berlalu. Takde pun bagitau kenaikan harga minyak,tau2...harga makanan ayam naik.Tu yg pelik dan ajaibnye.

Insya-Allah next chapter saya akan update blog saya ni beserta gambar.See U Soon.
Semoga kita semua berjaya dalam bidang yang diceburi.

Wassalam.

Monday, July 19, 2010

Ibu Kampung dan Ibu Sabung

Assalamualaikum wbt..........

Selamat sejahtera hendaknya kita semua samada penternak,bakal penternak atau pengunjung blog saya ni. Lama juga tak menaip kat blog ni. Apapun semoga kita semua berjaya dengan bidang yg diceburi dan semakin berkembang hendaknya.

Musim dah tak menentu.Kejap hujan,kejap panas. So,ayam akan ada yang berdepan dengan penyakit. Berjaga2 dalam memberi makan dan sentiasa make sure kawasan reban bersih terutama bekas makanan sentiasa dibasuh sebelum memberi makanan.

Ni gambar yang sempat diambil waktu baru nak bagi ayam makan. Boleh tahan juga ibu induk ni. Kelaparan la katakan. Buat masa ni lebih 40 ekor ibu induk yang ada sebagai pembekal telur untuk tetasan.

Ni la satu2nya ibu induk yang bertaji. Ni untuk baka ayam sabung.Sayanggggggg........ Malam pun simpan kat dalam rumah takut kena curi beb... dah bertelur, sekarang ni masih dalam proses untuk menurunkan baka.

Aku dapat pun dari brother duduk kat Bentong. Dia bagi pinjam kat aku sementara untuk aku menurunkan baka je... Rasanye lepas raya nanti ak pulangkan la. Simpan lama2 pun takut kena curi atau sakit ke nanti susah juga aku nak cari ganti.

Ayam sabung aku bela untuk suka2 je. kalau ada orang yang berminat nak beli benih aku jual juga. Ibu sabung semua ada dalam 8 ekor. Hitam (1), rintik (3), coklat (3) dan ibu taji (1). Buat masa ni aku masih mencari pejantan baka sabung untuk dijadikan induk. Aku kematian 2 ekor baru2 ni. So, sapa2 yang ada kalau berminat untuk jual boleh la contact aku ye....

Insya-Allah kita berjumpa lagi di lain lembaran.

Wasalam.

Tuesday, June 29, 2010

HARGA TERKINI ANAK AYAM

Assalamualaikum WBT.......

Alhamdullillah....semenjak menggunakan mesin inkubator ni,kadar penetasan ayam dapat ditingkatkan. Walaupun masih juga bersaing dengan kera yang sentiasa mengambil peluang mencuri telur ayam,alhamdulillah masih ada juga saki baki petang hari untuk dikutip.Kalau tak dapat banyak pun dalam 5/6 biji sehari. Kalau tak diganggu oleh kera ni,boleh juga la dapat dalam 15 biji sehari.

Dah la bergaduh dengan kera, harga makanan semakin melonjak so, nak taknak terpaksa la aku menaikkan sedikit harga anak ayam. Tu pun selepas hampir 2 tahun harga yang sama aku jual.

Harga Terkini:- Anak Ayam Kg Ori = RM3.00 seekor (Usia 2 - 3 minggu)
Anak Ayam Kg Kacuk = RM2.80 seekor (1-2 minggu)

Untuk anak ayam kg ori, kena order terlebih dahulu sebab bilangan tetasan kadang2 tak dapat menampung jumlah permintaan.

Untuk anak ayam kg kacuk minimum order untuk harga di atas 200 ekor. Kalau order bawah dari 200 harga sama dgn anak ayam kg ori. Haaaaa.... kalau ayam kg kacuk no problem. Boleh order seminggu awal jeee...konpem dapat mengikut jumlah order...

Tuesday, June 1, 2010

Cerita Terkini Buat Masa Ni

Assalamualaikum wbt............

Lama betul aku tak menaip kat blog aku nie. Bukan takde cerita baru cuma USB aku rosak. So, rasa tak seronok lak cerita tanpa gambar. sekarang ni aku tengah siapkan reban aku untuk edisi pengeluaran telur ayam kg bagi tujuan penetasan. Kalau dulu aku bela ayam secara lepas bebas,sekarang ni nak bela ikut sistem kurungan lak.Mungkin sabtu ahad je aku lepaskan untuk bagi ayam2 ni makan rumput. Hari isnin sampai jumaat masa untuk bertelur. Alhamdulillah, sejak dah pakai mesin tetas ni dapat mengurangkan risiko telur ayam yg tak jadi dan musnah dimakan kera atau biawak.

Kalau sebelum ni aku lebih concentrate jual ayam yg dah besar, sekarang ni aku dah mula beralih arah pada jualan anak ayam lak. Tapi ayam kacuk masih berjalan. Ni pun sbb aku dah dapat supplier. Aku beli pd usia dah dewasa dgn berat 1kg ke atas. Mmg sesuai untuk jualan terus. Senang la sikit kerja aku. Takyah bela dari kecik. Dpt untung sikit2 jadi la.

Kat ruangan kali ni aku nak berterima kasih pada rakan ternak yg aku kenal melalui jaringan internet tapi belum jumpe muka lagi. Taufik rakan ternak dari Terengganu yang dah memperkenalkan aku kepada seorang lagi bakal penternak ayam kampung dari Benta Pahang iaitu saudara Khairul. Minggu lepas 29/05/2010 En.Khairul dan keluarga dah dtg ke teratak pusaka aku dan melawat kawasan ternakan aku. Reban aku tak berapa cantik lagi kerana aku tengah modified. Maklum la nak tukar dari sistem lepas bebas kepada sistem kurungan. Byk juga la idea dan khidmat nasihat dari pengalaman aku selama ni yg aku curahkan pada dia. Harap2 apa yg dirancangkan menjadi kenyataan la hendaknye.

Aku masih lagi mencari bekalan ayam kampung ori sekitar kawasan Raub, Bentong dan K.Lipis. Kalau kena dgn harga aku "sambar". Sampai Kelantan pun aku pergi. Bukan apa,sambil melawat Pak Saudara aku kat sana dpt gak aku membeli ayam kg sana. Rasanye semua maklum harga barangan kat sana mmg murah. Jadi mmg menguntungkan kalau kita buat jaringan perniagaan dengan diorg.Lagipun dapat kita membangunkan ekonomi orang melayu khususnya.

Akhir kata semoga kita semua berjaya dalam bidang yg diceburi. Insya-Allah saya akan update blog saya ni sekerap mungkin.