Tuesday, March 24, 2015

Angsa kelabu



Anak angsa pula untuk jualan....RM100 sepasang....Ibu kelabu juga sedia u tuk beralih tuanRM200.00 seekor....

Cepat2 sementara stok masih ada.....

Friday, August 8, 2014

As-Salam.....
Lama betul tak update blog ni....
Kalau ada sesiapa mencari ayam batang kaki boleh call sms saya....gambar akan diberi melakui wassup....
Anak2 muda baka kaki kudung,pama, atau main hujung kaki...
Terbaru anak ibu jambul....
Okey..
Terima kasih....

Friday, November 29, 2013

 Ni adalah sebahagian anak muda yg ada di rumah. Echer dan Kuning tu umur 6 bulan dan depan ni bapak muda. Tak boleh main dah sbb kaki kiri kudung akibat dari main balut. Ni la penangannya kalau main balut pastu ikat dgn getah. Mungkin akibat terlalu ketat pegangan getah sampai darah tak jalan. Sehari lepas main kaki lebam biru. Masuk minggu ke-2 satu-satu jari mati.Tetap disimpan untuk turun benih.
Semua baka yg ada di rumah jenis main ketip body.    
 Cuba tengok perbezaan bapak muda ni dengan ayam lain yang biasa ada di rumah kita..Temoloknya sebelah kiri.Biasa ayam sebelah kanan. Ni la sebabnye saya simpan jugak walaupun dah cacat kaki..Cacat pun bila ada orang datang rumah masih ada yang minta nak beli..tapi sorry la...x jual beb..main cantik ni..Tgh turun benih dgn ibu sebelahnya gambar di atas...
 Ni adik kepada ayam kat bawah ni..Umur 9 bulan...batang kaki...Ayam masih dalam proses cuci....lembik lagi nie....
Umur sama dgn kat atas 9 bulan...beza cuma dia ni dah boleh bawa main...

Wednesday, November 27, 2013

Assalamualaikum wbt.............

Kepada mereka yang melayari blog saya ni, terima kasih saya ucapkan..Lama betul saya upload gambar atau cerita sebab sibuk dgn kerja..
Bukan dah berhenti main ayam cuma sepi sikit kebelakangan ni.Baka ayam kelabu,sisik buruk pun banyak yang mati akibat penyakit..
Kekadang pergi tgk je org main ayam, sbb ayam sendiri belum cukup umur..Sekarang ni la baru nak mula balik sbb ayam dah mula melawan gu..Harap jadi la kali ni..
Nantikan cerita dan gambar baru ayam yang ada di reban tak lama lagi..
Tq.


Sunday, February 5, 2012

Mandi Time

Assalamualaikum wbt..............................

Agak lama juga menyepi dari laman blog ni.....bukan takde perkembangan, cuma keadaan dunia sekarang yg membuat kita sentiasa mengejar masa sampai tak sempat nak meluangkan masa nak update blog....
Sebelum aku cerita perkembangan ayam kg dan sabung aku lebih baik aku ucapkan "infinity" haaahh...tudia...sampai tak blh nak hitung nilai terima kasih aku pada mereka yg dah membeli ayam aku. Dan Chemor, Abg Jasni Parit Buntar, Ali Raub,Abg (Nizam) dan ramai lagi...

Seterusnya aku nak share ckit gambar ayam aku yg baru siap mandi.....muda sgt lagi...baru nak tumbuh hujung....insya-Allah bulan 5 nanti baru aku bw balik kuala kangsar untuk main....





Ara

Ni ayam yg aku ambik dari rumah Abg Jasni Bandar Baharu....tukar geran dgn dia....Aku bg ayam dari baka reban Raub. Skrg ni dlm proses persediaan.Ayam baru nak berani...





Merah

Ni pun ayam dari reban Abg Jasni..Ayam batang kaki...belum bawa main..sekarang ni pun dalam proses cuci dan sparr untuk keras badan..corak permainan setakat sparr je lebih kurang ayam Pama...byk attack leher dan kepala...

Saturday, September 24, 2011

Klepet Hujung





Klepet Hujung



Baka hujung...Ayam separuh siap salin bulu. Rasanya hujung tahun boleh main. Baka dari member Kelantan. Sekarang ni tengah dalam penjagaan penuh untuk diturunkan bila dah 100% siap salin. Sesekali test juga dgn kelabu....

Friday, July 15, 2011

KENANGAN

Eche Terengganu       

Benih pertama diambil dari Terengganu. Baka batang kaki. Sempat turun 4 generasi tapi anak2 tak sehandalnya...mati sebab kena penyakit lutut buruk sampai mcm2 jenis ubat aku guna tak juga baik.Last skali aku sembelih sbb tak sanggup tgk dia berjalan terhenjut2...





Oren Lambak






Baka tikam yg tak sempat aku turun baka. Benih sempadan Kelantan Thai. Belum sampai 3 bulan aku jaga,kena penyakit sampar.Gambar ni pun ambil beberapa hari sebelum mati.Sempat sparring sekejap je.Kap,tikam dan pukul padu. Setiap lawan mesti tercampak jauh kebelakang bila kena sepak.

Kalau nak diikutkan byk lagi bapa ayam yg dah meninggal dunia.Tapi aku tak sempat nak ambik gambar.Gambar tak berapa clear sebab ambik guna handphone...tu pun yg murah je...