Saturday, October 23, 2010

Harga Makanan dan Ayam Naik

Assalamualaikum wbt.............

Lama betul tak update blog ni. Nak kata sibuk sangat tak juga. Malas tu la yang sebenarnye.Ditambah pulak dengan gambar tak dapat nak update lagi bertambah malas dibuatnye.Aidilfitri pun dah lama berlalu,sekarang nie Aidiladha pulak yg akan mendatang.Order ayam insya-Allah akan tinggi balik.

Sebelum tu saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada seorng lagi rakan ternak kita yang baru mula menceburkan diri dalam ternakan ayam kampung ini. Saudara Khairul yang telah memasukkan sejumlah lebih 100 ekor ayam kampung ori untuk dijadikan baka di reban ternakannya yg terletak di Benta Pahang.Tak jauh dari tempat saya.Lebih kurang 1/2 jam je.

Saya ingin berterima kasih kepada pembeli ayam kampung saya samaada dari anak atau yg sedia untuk dimakan. Kak Su, Rakan Pejabat, Ustaz Wan Adnan, Pakcik Pian dan ramai lagi.

Harga ayam kampung mungkin akan dinaikkan sedikit sekitar RM3.00 tapi saya tak tau la kat tempat lain. Ini berikutan kenaikan mendadak harga makanan ayam terutamanya jagung yg naik sebanyak RM5.00.Ini la yg menyebabkan ramai penternak yang masih baru atau yg dah lama bertapak pun boleh sedikit tergugat akibat dari kenaikan harga barang. Bila ditanya kenapa harga naik,peruncit ni senang je jawab. "Saya tak tau wo...ini pembolong kasi naik." Bajet baru berlalu. Takde pun bagitau kenaikan harga minyak,tau2...harga makanan ayam naik.Tu yg pelik dan ajaibnye.

Insya-Allah next chapter saya akan update blog saya ni beserta gambar.See U Soon.
Semoga kita semua berjaya dalam bidang yang diceburi.

Wassalam.

Monday, July 19, 2010

Ibu Kampung dan Ibu Sabung

Assalamualaikum wbt..........

Selamat sejahtera hendaknya kita semua samada penternak,bakal penternak atau pengunjung blog saya ni. Lama juga tak menaip kat blog ni. Apapun semoga kita semua berjaya dengan bidang yg diceburi dan semakin berkembang hendaknya.

Musim dah tak menentu.Kejap hujan,kejap panas. So,ayam akan ada yang berdepan dengan penyakit. Berjaga2 dalam memberi makan dan sentiasa make sure kawasan reban bersih terutama bekas makanan sentiasa dibasuh sebelum memberi makanan.

Ni gambar yang sempat diambil waktu baru nak bagi ayam makan. Boleh tahan juga ibu induk ni. Kelaparan la katakan. Buat masa ni lebih 40 ekor ibu induk yang ada sebagai pembekal telur untuk tetasan.

Ni la satu2nya ibu induk yang bertaji. Ni untuk baka ayam sabung.Sayanggggggg........ Malam pun simpan kat dalam rumah takut kena curi beb... dah bertelur, sekarang ni masih dalam proses untuk menurunkan baka.

Aku dapat pun dari brother duduk kat Bentong. Dia bagi pinjam kat aku sementara untuk aku menurunkan baka je... Rasanye lepas raya nanti ak pulangkan la. Simpan lama2 pun takut kena curi atau sakit ke nanti susah juga aku nak cari ganti.

Ayam sabung aku bela untuk suka2 je. kalau ada orang yang berminat nak beli benih aku jual juga. Ibu sabung semua ada dalam 8 ekor. Hitam (1), rintik (3), coklat (3) dan ibu taji (1). Buat masa ni aku masih mencari pejantan baka sabung untuk dijadikan induk. Aku kematian 2 ekor baru2 ni. So, sapa2 yang ada kalau berminat untuk jual boleh la contact aku ye....

Insya-Allah kita berjumpa lagi di lain lembaran.

Wasalam.

Tuesday, June 29, 2010

HARGA TERKINI ANAK AYAM

Assalamualaikum WBT.......

Alhamdullillah....semenjak menggunakan mesin inkubator ni,kadar penetasan ayam dapat ditingkatkan. Walaupun masih juga bersaing dengan kera yang sentiasa mengambil peluang mencuri telur ayam,alhamdulillah masih ada juga saki baki petang hari untuk dikutip.Kalau tak dapat banyak pun dalam 5/6 biji sehari. Kalau tak diganggu oleh kera ni,boleh juga la dapat dalam 15 biji sehari.

Dah la bergaduh dengan kera, harga makanan semakin melonjak so, nak taknak terpaksa la aku menaikkan sedikit harga anak ayam. Tu pun selepas hampir 2 tahun harga yang sama aku jual.

Harga Terkini:- Anak Ayam Kg Ori = RM3.00 seekor (Usia 2 - 3 minggu)
Anak Ayam Kg Kacuk = RM2.80 seekor (1-2 minggu)

Untuk anak ayam kg ori, kena order terlebih dahulu sebab bilangan tetasan kadang2 tak dapat menampung jumlah permintaan.

Untuk anak ayam kg kacuk minimum order untuk harga di atas 200 ekor. Kalau order bawah dari 200 harga sama dgn anak ayam kg ori. Haaaaa.... kalau ayam kg kacuk no problem. Boleh order seminggu awal jeee...konpem dapat mengikut jumlah order...

Tuesday, June 1, 2010

Cerita Terkini Buat Masa Ni

Assalamualaikum wbt............

Lama betul aku tak menaip kat blog aku nie. Bukan takde cerita baru cuma USB aku rosak. So, rasa tak seronok lak cerita tanpa gambar. sekarang ni aku tengah siapkan reban aku untuk edisi pengeluaran telur ayam kg bagi tujuan penetasan. Kalau dulu aku bela ayam secara lepas bebas,sekarang ni nak bela ikut sistem kurungan lak.Mungkin sabtu ahad je aku lepaskan untuk bagi ayam2 ni makan rumput. Hari isnin sampai jumaat masa untuk bertelur. Alhamdulillah, sejak dah pakai mesin tetas ni dapat mengurangkan risiko telur ayam yg tak jadi dan musnah dimakan kera atau biawak.

Kalau sebelum ni aku lebih concentrate jual ayam yg dah besar, sekarang ni aku dah mula beralih arah pada jualan anak ayam lak. Tapi ayam kacuk masih berjalan. Ni pun sbb aku dah dapat supplier. Aku beli pd usia dah dewasa dgn berat 1kg ke atas. Mmg sesuai untuk jualan terus. Senang la sikit kerja aku. Takyah bela dari kecik. Dpt untung sikit2 jadi la.

Kat ruangan kali ni aku nak berterima kasih pada rakan ternak yg aku kenal melalui jaringan internet tapi belum jumpe muka lagi. Taufik rakan ternak dari Terengganu yang dah memperkenalkan aku kepada seorang lagi bakal penternak ayam kampung dari Benta Pahang iaitu saudara Khairul. Minggu lepas 29/05/2010 En.Khairul dan keluarga dah dtg ke teratak pusaka aku dan melawat kawasan ternakan aku. Reban aku tak berapa cantik lagi kerana aku tengah modified. Maklum la nak tukar dari sistem lepas bebas kepada sistem kurungan. Byk juga la idea dan khidmat nasihat dari pengalaman aku selama ni yg aku curahkan pada dia. Harap2 apa yg dirancangkan menjadi kenyataan la hendaknye.

Aku masih lagi mencari bekalan ayam kampung ori sekitar kawasan Raub, Bentong dan K.Lipis. Kalau kena dgn harga aku "sambar". Sampai Kelantan pun aku pergi. Bukan apa,sambil melawat Pak Saudara aku kat sana dpt gak aku membeli ayam kg sana. Rasanye semua maklum harga barangan kat sana mmg murah. Jadi mmg menguntungkan kalau kita buat jaringan perniagaan dengan diorg.Lagipun dapat kita membangunkan ekonomi orang melayu khususnya.

Akhir kata semoga kita semua berjaya dalam bidang yg diceburi. Insya-Allah saya akan update blog saya ni sekerap mungkin.

Friday, May 7, 2010

KACUK OH KACUK....

Assalamualaikum wbt......

Lama gak tak cerita perihal projek aku ni...sibuk ckit. Minggu lepas (1/5/10) mak sedara meninggal kat Kelantan. Sempat gak jalan2 kat sana. Pegi tgk kedai ayam kat sana, kebanyakannya jual burung dgn ayam serama/sabung. Ayam kg ori/kacuk nie tak nampak lak. Mungkin salah kedai kot aku masuk....

Alhamdulillah...sekarang ni orang yang membeli ayam keluaran aku ni dah bertambah. Ramai dikalangan pembeli aku rupanya takut nak beli. Mentality diorg kata ayam kg ni mahal. Tapi bila aku terangkan ckit bab kelebihan ayam kg ni terus diorg bersetuju. Beza paling ketara ialah macamana ayam daging blh membesar dlm masa 21 hari dan mencapai berat lebih 1 1/2 kilo. Ayam kg baru nak bertatih kalau 21 hari.Pelik gak kan. Fikir2 kan lah. Mengapa org Cina tak mkn ayam daging, tapi diorg merupakan penternak ayam daging.Kadang2 boleh gila gak kejap memikirkan perbezaan dan kelebihan ayam kampung ngan ayam daging nie.

Ayam kacuk dan ayam kg ori. Ada orang kata daging ayam kacuk tak sama ngan ayam ori. Ayam ori liat ckit berbanding ayam kacuk. Aku pulak bela dan besarkan dia sama bergal ngan ayam kg ori,cuma kacuk besar lebih cepat ckit sekitar 3/4 bulan tapi ayam kg ori 6 bulan lebih. Bila aku jual pastu tanya balik kat pelanggan diorg kata daging sama ngan ayam kg ori. Alhamdulillah la aku kata. Itu yg aku nak. Jual pada harga rendah dan memuaskan hati pelanggan. Tak untung ke ha? Ramai orang tanya soalan tu kat aku. Aku pun mula2 pening gak memikirkannye. Tapi rupa2nye ada untung cuma dalam volume yg kecik. Tapi kalau pelanggan tak putus beli jadi untung sentiasa ada la. Pelanggan pun kalau puas hati akan cerita tentang keuntungan makan dan beli ayam keluaran Angahzul. Tak gitu. Hahahahaha....

Untuk jualan pada individu terutama orang melayu aku lebih suka jual ayam kacuk je. Murah..Ayam kg ori biasanya aku jual pada tokey cina. Dapat la harga lebih ckit.Tupun tak byk sbb aku fokus jual anak sahaja. Dlaam byk2 anak mungkin 5/6 ekor je yg bela samapi besar. Bukan apa nak tgk baka aku masih mantap ke tak. Kalau benih dah tak cantik alamat bapak/ibu ayam kena sembelih la...ganti yg baru.

Telur ayam yg masuk mesin pun dah byk. Sekarang nie aku tengah belajar ckit2 penggunaan mesin nie. Pening gak. Bukan apa,waktu siang rumah aku panas betul. Bila malam lak sejuk sangat. Kadang2 siang suhu sampai melebihi 40"C. Malam lak menurun sampai kurang dari 35"C.Nie cerita bacaan pada mesin la. Bukan termometer ruang rumah.Aku cuma berharap telur tu tak jadi separuh masak je dalam mesin tu. Kalau ikut tarikh mula2 letak telur ayam tu, 14/5/2010 nie akan menetas la 6 biji yg pertama sekali.Tu pun kalau jadi.Insya-Allah.

Sori la takde gambar nak ditempelkan kat ruangan kali nie sbb takde yg terbaru. Minggu depan ade rasanye cerita baru dan sensasi berkaitan ayam nie.

SEE U SOON....next chapter...

Monday, April 26, 2010

PERCUBAAN PERTAMA DAN KISAH SEJARAH.

Alhamdulillah....hari ni merupakan hari pertama percubaan menggunakan mesin tetas Abg Bidin. Atas sedikit masalah teknikal, semalam Abg Bidin pun dah datang repair dan buat masa nie ia berfungsi sebaiknya. Hari nie je aku dah masukkan 10 biji telur ayam baka sabung ngan kampung ori. Harap2 okey la. Kalau tengok pada baka sebelum ni yg ditetaskan oleh ibu, cantik je. Pembeli pun belum ada yg merungut bagi tau anak ayam mati dalam jangka masa sebulan selepas beli.

Kadang-kadang bila tiba waktu muhasabah diri,memikir juga untung ke bidang yg aku ceburkan ni. Tapi bila fikir balik dalam2 baru nampak perkembangannya. Kalau dulu ibu sikit je,sekarang dah bertambah. Kalau dulu orang tak kenal pun Angahzul, sekarang kat Raub ni ada juga dah yang kenal ngan ayamkg Angahzul. Kalau dulu harapkan ibu ayam je mengeram,sekarang ni dah ada mesin tetas ayam sendiri. Patut la hasil jualan tak berapa nampak. Rupa2nye buat rolling beli baka ngan barangan keperluan ayam.

Setakat ni pasaran aku pun sekitar Raub je. Jual pada individu. Nak masuk restoran pun, kuasa membeli tak kuat. Cuma ada 1 je kedai yang menjual masakan ayam kg. Disebabkan oleh hal ni la maka aku lebih memberi tumpuan pada jualan anak ayam berbanding pembesaran ayam.Tapi dalam masa yang sama aku order juga ayam kampung kacuk untuk penuhi permintaan individu yang aku cerita di atas tadi.

Waktu mula2 berjinak ngan ayam kacuk ni, mcm2 jenis ayam kacuk aku jumpe. Tapi kebiasaannye ayam kacuk Perak. Memang susah nak jual. Terlalu senang untuk nampak perbezaannya. Kaki besar,tinggi pastu badan panjang. Cina pun taknak beli walau sekor. Masa tu aku rasa mcm nak putus asa dah. Tapi berkat sabar dapt juga aku jual ckit2. Sekarang ni baru la terasa okey ckit. Dah jumpe ngan pengeluar baka Kedah. Ayam betina dia hampir sama ngan ayam kg ori. Pun ada yg cantik boleh buat ibu.

Orang lain bela lebih kurang 2 1/2 bulan dah boleh jual. Aku pulak bela 3/4 bulan baru boleh jual. Tapi makanan yg aku bagi jagung dan lebihan nasi dari kedai makan sahaja. Ternakan pun aku lepas bebas hujung minggu. Jadi rasa daging ayam kacuk aku hampir menyamai dgn rasa ayam kg ori.Maklum la pasaran pada individu, jadi rasa daging kena la jaga. Untung ckit takpe janji market ada.

Hari sabtu(24/4/10) dulu pun dah ada cina yg berani beli 9 ekor sekali gus. Harap2 dia datang la lagi membeli. Dapat gak aku luaskan lagi pasaran.

Semoga kita (penternak ayam kg) berjaya dgn bidang yg diceburi dan diberkati oleh Allah hendaknye.

Tuesday, April 20, 2010

PENGENALAN

Ingat lagi kisah pelik tapi benar. Akhirnya ayam tu mati juga. Petang tadi waktu aku bagi makan, aku tengok dia dah takde. Puas aku cari jumpe juga.Okey la kisah tu dah berlalu. Sekarang aku nak cerita perihal aku dan projek aku.


Ini la rumah pusaka peninggalan nenek moyang aku. Rumah kampung je. Kalau nak tengok rumah nie datang la ke Raub Pahang.Aku tinggal 4 beranak. Isteri sorang, anak lelaki 2 orang.
Projek aku bersebelahan je ngan umah aku tu. Lupa lak aku nak ambik gambar keseluruhan projek aku tu.















Hah... gambar kat atas tu adalah projek yang dah lebih 3 tahun aku buat. Apa lagi kalau bukan ayam kampung. Tu waktu makan petang. Boleh la tahan ayam aku. Sekarang nie ada lebih dari 100 ekor ayam kampung ori campur kacuk. Seronok tul tgk ayam ni makan. Kadang-kadang aku pun jadi lapar tengok diorang makan.


Tu la sekor ayam botak jantan aku. Dah byk berjasa kat ibu ayam aku. Kat sebelah dia tu gambar ayam kampung kacuk betina yang berjaya aku ajar untuk bertelur dan mengeram. Lagi seminggu menetas la telur ayam dia tu. Huhu...ni 1st time dia bertelur.Bukan aku ajar ABC pun kat dia, cuma campurkan pergaulan dia dengan ayam kampung ori. Tu je. Senang kan? Anak ayam kg ori aku jual RM2.50 seekor.Tapi ini bergantung la pada jumlah permintaan.


Nie pulak ayam sabung baka Siam yang aku pelihara bersebelahan dengan ayam kampung. Yang bapak rintik tu "otai" dia. Semalam aku baru jual 2 ekor jantan yg baru pandai berkokok (RM50.00) seekor. Betina aku ada 7 ekor. Mcm2 ada. Ibu itam,rintik,putih,kaki hitam dll lagi la. Kalau nak tgk datang la ke projek aku nie. Mula2 dulu aku suka bela sebab ayam laga nie cantik.Tinggi,ekor panjang mengurai dan balung batu tu yang membuatkan si jantan nampak gagah. Tau2 rupanya ada nilai komersil, terus aku pelihara byk2.

Nie la bapak ayam pertama aku. Juga baka sabung dari Terengganu aku beli. Tapi balung papan. Sekarang nie dia dah tua dan sakit kaki. Pun begitu dia masih unggul di kawasannya sebab ayam jantan lain masih takut nak menyaingi dia. Aku dah start simpan dia dgn betina untuk menurunkan baka. Sayang ooooo....kalau tak dpt baka...






Hah....ini la pengawal keselamatan kawasan rumah aku.Kalau ada orang atau musuh yg tak dikenalinya,bising la satu kampung dengan suara dia. Aku bela 2 ekor je. Sebenarnye itik pun aku ada bela 3 ekor je. Tapi waktu sesi photograph nie dia entah kemana hilangnye. Bertelur kot. Ala....bela untuk suka2 je,tapi lepas gak aku jual RM0.50 sebiji telur.

Sunday, April 18, 2010

PELIK TAPI BENAR


Hari nie aku start lewat ckit proses ayam sbb tak banyak 5 ekor je. 8.15am aku start sembelih seekor demi seekor. Sampai giliran ayam ke-4 (9.40am) aku pun sembelih la..Nak dijadikan cerita ayam tu menggelepar sekejap pastu dia terus tegak berdiri sampai la petang tadi waktu aku bagi makan HI-TEA untuk diorg, ayam tu aku tgk masih hidup. Yang peliknye urat dah putus tapi dia masih boleh jalan lagi.
Aku pun rujuk la kat memeber aku nie Ust.Shahadan tanya alkisah ayam nie camne. Dia ckp kalau esok aku tgk dia mati tanam je la. Last aku masuk umah pukul 7.20petang tadi ayam tu masih relax berjalan ngan geng2 dia. Jauh gak jarak antarabelakang umah aku tu ngan kawasan reban.Ini la kuasa Ilahi.......
Malam time aku pun crite la kisah nie kat org tua2 di surau kg aku ni. Mcm2 la pandangan diorang,tapi Tok Din sedara aku yang selalu jadi tukang sembelih setiap kali hari raya Qurban atau kenduri kendara tak pernah mengalami kejadian pelik tapi benar camni.Ada lak yg suruh aku belah perut ayam tu bila mati nanti, tgk kalau2 ada geliga. Aku pun x tau la. Setau aku batu geliga cuma ular je.

SEMALAM YG TERINDAH

Fuhh!!!! Alhamdulillah.....akhirnya selepas lebih kurang 4 minggu penantian akhirnya semalam 17/4/10 dpt gak aku jumpe dgn Abg Din inkubator. Ink.pertama aku tempah fully auto. Ptg semalam Abg Din ngan anak2nye sampai ke teratak pusaka nenek moyang aku.Hampir sesat gak Abg Din.
Lepas nie seronok la ayam aku bertelur je keje diorg. Takyah pk nak mengeram.Tapi aku bimbang gak ngan mesin nie sbb ada lubang udara atas bawah, so takut masuk Pak Tikus. Umah aku nie tikusnye educated gak.Pasang jerat tak kena tapi umpan habis.
Buat masa nie je aku ada 25ekor anak ayam kg. untuk dijual. Ibu tgh mengeram 9 ekor purata 10 biji telur satu ibu.Moga2 jadi la.